Saturday, December 12, 2020

Asmaul Husna dan Khasiat nya.

Berikut adalah khasiat Asma'ul Husna yang mana jika kita amalkan, setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeda-beda mengikut apakah hajat yang kita inginkan. Insya Allah...


1. YA RAHMAAN

Yang Maha Pengasih.

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.


2. YA RAHIIM

Yang Maha Penyayang.

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


3. YA MALIK

Raja Yang Maha Berkuasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.


4. YA QUDDUS

Yang Maha Suci

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.


5. YA SALAAM

Yang Maha Sejahtera.

Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.


6. YA MU'MIN

Ya Maha Mengamankan.

Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


7. YA MUHAIMIN

Yang Maha Memelihara.

Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.


8. YA 'AZIZ

Yang Maha Perkasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.


9. YA JABBAR

Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.

Apabila dizikirkan sebanyak  226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.


10. YA MUTAKABBIR

Yang Memiliki Kebesaran.

Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.


11. YA KHALIQ

Yang Maha Pencipta.

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.


12. YA BARI'

Yang Maha Merancang.

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.


13. YA MUSAWWIR

Yang Maha Pembentuk.

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.


14. YA GHAFFAR

Yang Maha Pengampun.

Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.


15. YA QAHHAR

Yang Maha Perkasa.

Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.


16. YA WAHHAB

Yang Maha Memberi Kurnia.

Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.


17. YA RAZZAQ

Yang Maha Pemberi Rezeki.

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.


18. YA FATTAH

Yang Maha Pembuka.

Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.


19. YA 'ALIM

Yang Maha Mengetahui.

Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.


20. YA QABID

Yang Maha Menyempitkan.

Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.


21. YA BASIT

Yang Maha Melapangkan.

Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.


22. YA KHAFID

Yang Maha Merendahkan.

Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.


23. YA RAFI'

Yang Maha Mengangkat.

Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


24. YA MU'IZ

Yang Maha Membeningkan.

Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


25. YA MUZIL

Yang Maha Menyesatkan.

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


26. YA SAMI'

Yang Maha Mendengar.

Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.


27. YA BASIR

Yang Maha Melihat.

Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


28. YA HAKAM

Yang Maha Melapangkan.

Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.


29. YA 'ADL

Yang Maha Adil

Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.


30. YA LATIF

Yang Maha Lembut

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.


31. YA KHABIR

Yang Maha Berwaspada

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.


32. YA HALIM

Yang Maha Penyantun.

Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.


33. YA 'AZIM

Yang Maha Agung.

Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.


34. YA GHAFFUR

Yang Maha Pengampun

Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.


35. YA SYAKUR

Yang Maha Mensyukuri.

Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.


36. YA 'ALI

Yang Maha Tinggi

Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.


37. YA KABIR

Yang Maha Besar

Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)


38. YA HAFIZ

Yang Maha Penjaga

Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.


39. YA MUQIT

Yang Maha Pemberi Kekuatan.

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.


40. YA HASIB

Yang Maha Pembuat Perhintungan

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.


41. YA JALIL

Yang Maha Mempunyai Keagungan

Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.


42. YA KARIM

Yang Maha Mulia.

Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


43. YA RAQIB

Yang Maha Mengawasi

Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.


44. YA MUJIB

Yang Maha Mengabulkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.


45. YA WASI'

Yang Maha Luas

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.


46. YA HAKIM

Yang Maha Bijaksana.

Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.


47. YA WADUD

Yang Maha Penyiram Kesejukan.

Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.


48. YA MAJID

Yang Maha Penyandang Kemegahan

Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagao ketua keluarga.


49. YA BA'ITH

Yang Maha Membangkitkan 

Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.


50. YA SYAHID

Yang Maha Menyaksikan

Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.


51. YA HAQ

Yang Maha Besar

Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


52. YA WAKIL

Yang Maha Pemegang Amanah

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.


53. YA QAWI

Yang Maha Kuat

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


54. YA MATIN

Yang Maha Kukuh

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


55. YA WALI

Yang Maha Melindungi

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.


56. YA HAMID

Yang Maha Terpuji

Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.


57. YA MUHSI

Yang Maha Penghitung.

Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.


58. YA MUBDI

Yang Maha Memulakan

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.


59. YA MU'ID

Yang Maha Mengembalikan

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.


60. YA MUHYI

Yang Maha Menghidupkan

Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.


61. YA MUMIT

Yang Maha Mematikan.

Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.


62. YA HAYYU

Yang Maha Hidup.

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.


63. YA QAYYUM

Yang Maha Menegakkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.


64. YA WAJID

Yang Maha Menemukan

Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.


65. YA MAJID

Yang Maha Mulia.

Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


66. YA WAHID

Yang Maha Tunggal

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.


67. YA AHAD

Yang Maha Esa

Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.


68. YA SAMAD

Yang Maha Diperlukan.

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.


69. YA QADIR

Yang Maha Menentukan

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.


70. YA MUQTADIR

Yang Maha Berkuasa

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.


71. YA MUQADDIM

Yang Maha Mendahulukan

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.


72. YA MUAKHKHIR

Yang Maha Mengakhirkan

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.


73. YA AWWAL

Yang Maha Awal

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.


74. YA AKHIR

Yang Maha Akhir

Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.


75. YA ZAHIR

Yang Maha Nyata

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.


76. YA BATIN

Yang Maha Ghaib

Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.


77. YA WALI

Yang Maha Memberikan

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.


78. YA MUTA'ALI

Yang Maha Meninggikan

Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.


79. YA BARR

Yang Maha Dermawan

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.


80. YA TAWWAB

Yang Maha Penerima Taubat

Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.


81. YA MUNTAQIM

Yang Maha Penyiksa

Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.


82. YA 'AFU

Yang Maha Pemaaf

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.


83. YA RAUF

Yang Maha Pengasih

Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.


84. YA MALIKUL MULK

Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan

Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.


85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM

Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan

Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.


86. YA MUQSIT

Yang Maha Menyeimbangkan.

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


87. YA JAMI'

Yang Maha Pengumpul

Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.


88. YA GHANI

Yang Maha Kaya.

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.


89. YA MUGNI

Yang Maha Pemberi Kekayaan

Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.


90. YA MANI'

Yang Maha Mencegah

Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.


91. YA DARR

Yang Maha Pemberi Derita

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.


92. YA NAFI'

Yang Maha Pemberi Manfaat

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. YA NUR

Yang Maha Bercahaya

Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.


94. YA HADI

Yang Maha Pemberi Petunjuk

Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.


95. YA BADI'

Yang Maha Pencipta Keindahan

Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.


96. YA BAQI

Yang Maha Kekal

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.


97. YA WARIS

Yang Maha Pewaris

Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.


98. YA RASHID

Yang Maha Bijaksana

Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.


99. YA SABUR

Yang Maha Sabar

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.


Sekianlah khasiat 99 Asma ul Husna. Amalkanlah. Semoga beroleh kebaikan. 

Sunday, February 24, 2019

Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Setelah Ribuan Tahun

Pohon Sahabi.
Kisah pohon tempat nabi Muhammad Saw berteduh masih hidup sampai sekarang.
Disinilah Nabi Muhammad pernah berteduh sambil menjaga unta dan dagangan para kabilah.
dahan-dahan pohon Sahabi ini melindungi nabi Muhammad Saw dari teriknya panas matahari.
pohon in berada di tengah-tengah padang pasir gersang di yordania. meski hidup di tenga-tengah padang pasir yang panas pohon ini tumbuh subur dan bertahan selama ribuan tahun lamanya.
karena menjadi satu-satunya sahabat nabi yang masih hidup, pohon ini sering dikunjungi muslim dari seluruh dunia.
 Kisah Islami - Pohon Sahabi

kadang pohon ini sering menggugurkan daun kemudian tumbuh subur kembali. waktu kecil Nabi Muhammad Saw pernah diajak pamannya Abu Thalib menuju basra, Syam untuk berdagang ditengah perjalanan saat beliau masih kecil bertemu dengan seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, pendeta itu mengetahui tanda-tanda kenabian Muhammad berdasarkan Alkitab

Saat bertemu rombongan Abu Thalib, pendeta itu melihat seorang anak dengan tanda-tanda kenabian, kemudian Buhaira menjamu kabilah untuk makan siang. Namun Muhammad tidak datang kejamuan tersebut karna ditugaskan untuk menjaga unta dan barang dagangan sambil berteduh dibawah pohon sahabi. melihat Muhammad tidak hadir Buhaira segera mencari anak kecil itu.
Buhaira melihat ciri-ciri kenabian ketika dahan-dahan pohon itu melindungi Muhammad dari teriknya matahari. dia semakin yakin anak kecil itu kelak menjadi nabi terakhir.

Pohon itu ditemukan masih hidup oleh seorang pangeran Yordania.
ajaibnya pohon itu bisa bertahan hidup selama ribuan tahun ditempat yang sangat panas dan tidak ada tumbuhan lain. ALLAH SWT sengaja menghidupkan pohon Sahabi  untuk jadi pengingat dan bukti sejarah Islam dimasa lalu.







Thursday, February 21, 2019

Tata Cara Menggali Dan menguburkan Jenazah Sesuai Sunnah

Menguburkan Jenazah.
setelah memandikan mayat dan selesai mengkafani mayat, maka selanjutnya menguburkan mayat.
 berikut tata cara dalam menggali kuburan.
  Menggali kuburan dan liang lahat dianjurkan membaca doa sebagai berikut:

1. Doa menggali kuburan:

هُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ

2. Doa Membuat liang lahat:

اَلْلهُمَّ ا جْعَلْنِي مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُوْ مِنِيْنَ
Setelah kuburan selesai maka jenazah dimasukan kedalam kubur dan dimiringkan menghadap kiblat lalu pipi sebelah kanan dicahkan ketanah dan seluruh ikatan dibuka dan diletakkan dekat kaki si mayat sesudah itu diberi dengan 3 kepalan tanah yang diletakkan di bagian

a.  Kepalan pertama diletakkan dekat kepala mayat.
b.  Kepalan kedua diletakkan di pinggang mayat.
c.  Kepalan ketiga diletakkan di kaki si mayat.

Dengan membaca doa shurah thoha ayat 55.

۞ مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ

artinya: dari tanah kamu dijadikan dan dari tanah pula kamu dikembalikan dan dari tanah pula kamu dibangkitkan.

Setelah itu ditutup dengan papan dan serta ditimbun secara hati-hati.

 Beberapa hadist tentang Jenazah:
1. Hadis riwayat Al-Turmidzi dan al-Nasa'i yang di shahihkan oleh Ibn Hibban yang bersumber dari Abu Hurairah.

artinya: perbanyaklah mengingat pemutus kesenangan yaitu mati.

Tuesday, February 19, 2019

Tata Cara Mengkafani Jenazah Lengkap Dengan Doa

Dalam menyelenggarakan jenazah, mengafani jenazah ada beberapa masalah yang harus di fahami diantaranya:

1. Sumber kain kafan yang diperoleh, sebaiknya kain kafan diambilkan dari harta si mayat, kalau beliau tidak nempunyai harta maka diambilkan dari orang yang membelanjainya, atau orang yang menanggung hidupnya. Seandainya orang yang membelanjainya tidak mampu kain kafan diambilkan dari Baitul Mal yang diatur dalam hukum Islam, jika Baitul Mal tidak ada maka kain kafan ditanggung para muslim.

2. Sifat-sifat Kain Kafan diantaranya:
a. kain kafan berwarna putih karna warna putih merupakan warna yang baik dan bersih.
b. Kain Kafan tidak boleh berlebihan dan tidak boleh pula dengan harga yang mahal karna kain kafan akan hancur didalam tanah dan fungsinya hanya menutup tubuh si mayat.
c.  Orang yang hidup lebih berhak memakai kain harga yang mahal dan segala yang baru.

3. Bilangan dan Lipatan Serta Cara Mengafani.
Kain Kafan untuk jenazah laki-laki ada 3 lapis diantaranya:
a.  2 lapis sebagai hamparan
b. 1 lapis sebagai sarung atau baju.
Kain Kafan untuk jenazah perempuan ada 5 lapis diantaranya:
a.  2 Lapis sebagai hamparan
b.  1 Lapis untuk Mukenah
c.  1 Lapis untuk baju
d.  1 Lapis untuk Sarung

Cara Menyusun Kain Kafan.
1. Letakkan kain kafan 2 lapis sebagai hamparan. Lalu  susunlah kapas diatas kain hamparan tersebut secukupnya.  Perlu diperhatikan fungsi kapas dalam kain kafan bukan sebagai kasur tetapi mengantisipasi bila terdapat cairan yang keluar dari jenazah.  Diatas kapas ditaburkan wangi-wangian seperti kapur barus dll.

2. Sesudah itu letakkan kain kafan yang ketiga yaitu mukenah dan yang keempat baju dan ke lima sarung.

3. Kain Kafan diikat dengan pinggir kain kafan sebanyak 5 ikatan dengan ketentuan sebagai berikut:
a.  2 ikatan pendek dengan ketentuan satu ikatan di atas kepala dan satu ikatan lagi dibawah kaki si mayat.
b.  3 ikatan panjang dengan ketentuan  satu ikatan disiku satu lagi di pinggul dan satu lagi di lutut si mayat.

Cara mengafani Jenazah Perempuan:
1. Letakakan jenazah pada kain kafan yang telah disusun tadi dan mengafani jenazah mulai dari kaki sampai kepala.
2. Berilah kapas sekedarnya dari kaki sampai pinggul si mayat dan pasangkan sarungnya.
3. Setelah itu beri kapas dari pinggang sampai ke leher mayat dan lipatlah tangannya dengan dwngan ketentuan tangan kanan di atas tangan kiri, atau boleh juga kedua tangan diluruskan sehingga setentang dengan lambung dengan rusuknya dengan memakai ikatan sebayak 5 ikatan.
Ikatan pertama dibawah kai si mayat
Ikatan kedua dilutut si mayat
Ikatan ketiga di pinggang si mayat
Ikatan keempat di siku si mayat
Ikatan kelima diatas kepala si mayat



4 membaca doa setelah mengafani.

Alhamdulillahirabbilngalamin
wassala tu wassala mu ngala asrafil anbiya i walmurshalin wangala Alihi waashabihi ajmangiin
Allhummagfirlilmuslimina walmuslimati walmukminina walmukminati ahya i minhum wal amwat
Allahumagfirlahu warhamhu wangafihi wangfunganhu waakrim nuzulahu wawassang madkhalahu wangsilhu bilma i wassalkhi walbaradi wanakkahi minal khataya kama yunakka sawbu abyadhu minaddanasi waabdhilhu dharan khairan min dharihi wa ahlan khayran min ahlihi wazawja  khairan min zawjihi whakihi fitnathal kabri wangaza bannari..

Allahumma Latahrimna ajrahu wala tafthinna bangdahu wangfirlana walahu waikhwaninallazi na sabakhuna bil imanni wala tajngal fi khulubina gillalillazi na amanu rabbana innakha raufu rahim
rabbana atina piddunya hasanah wafil akhirathi hasanah wakhina ngaza bannar, Subbhana rabbaka rabbal ngizzati ngamma yashifuna wasalamuangala murshalin walhamdulillahirabbilngalamin  

Tata Cara Memandikan Jenazah Lengkap Menurut Sunnah

Memandikan Jenazah.
Didalam pelaksanaan memandikan jenazah yang paling berhak adalah keluarga terdekat. Bila jenazah laki-laki maka dimandikan oleh laki-laki dan jenazah perempuan dimandikan perempuan. Jenazah laki-laki istrinya ikut memandikan dan begitu juga sebaliknya.

 Cara memandikan jenazah minimal adalah meratakan air keseluruh tubuh jenazah setelah dibersihkan dari najis. Tata cara pelaksanaan yang lebih detil adalah sebagai berikut:

 1. Tempat memandikan diruangan tertutup dan yang tidak ikut memandikan tidak boleh menyaksikan tubuh jenazah agar terhindat dari fitnah. Jenazah diletakkan ditempat yang lebih tinggi dari lantai misal di atas dipan atau tempat mandi mayat agar air bekas mandi tidak bolak balik ketubuh jenazah dan kepalanya ditinggikan sedikit dengan memakai bantal atau lipatan kain.

 2. Untuk mengatasi kemungkinan adanya bau tidak sedap maka dianjurkan memakai wangi-wangian. 3. Kalau seandainya bertemu pada anggota badan jenazah luka-luka, memar ataupun ada yang rusak dalam tubuh jenazah dibersihkan dengan kapas dan tidak disabuni. Usahakan tidak melakukan kontak langsung dengan jenazah, pakailah sarung tangan untuk membersihkannya.

 Syarat jenazah yang dimandikan adalah:
1. Jenazah itu orang islam
2. Didapati tubuhnya walaupun sedikit
3. Jenazah itu bukan mati syahid.

 Cara-cara memandikan jenazah
1. Angkatlah jenazah dengan membaca shalawat dan doa.
Doanya sebagai berikut:

Artinya: Dengan Nama ALLAH dan atas agama Rasullullah.
Doa ini dibaca waktu memejamkan mata jenazah dan meluruskan yang bengkok-bengkok pada jenazah seperti tangan dan kaki.
Setelah itu memasang niat untuk memandikan jenazah. Niatnya sebagai berikut:
a. Niat memandikan mayat perempuan.

نويت الغسل هذه الميتة فرض القفية لله تعل
Artinya: sengaja aku memandikan ini mayat perempuan fardu kifayah karna ALLAH.

b. Niat memandikan mayat laki laki.
Nawaitu gusla hizal mayati fardhu kifayah Lillahitangala
Artinya: sengaja aku memandikan ini mayat laki-laki fardhu kifayah karena ALLAH.

2. Memandikan mayat mulailah dari sebelah kanan.
   
3. Sirami dengan bilangan ganjil pada awal memandikan sebanyak 3 kali dengan ketentuan sebagai berikut:
 a. Siraman sebelah kanan dengan membaca :
Allahummagfirlahu Ya Rahman
Artinya: ya AlLAH ampunilah dia wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

b. Siraman sebelah kiri dengan membaca
   warhamhu Ya Rahim
artinya: dan kasihanilah dia Tuhan yang Maha Penyayang.

c. Siraman tengah-tengah dengan membaca
  wangafihi wangfunganhu ya zal jalaliwalikram wailaikal masirru
artinya: dan sejahterakanlah dia dan ampunilah kesahannya wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan dan kemulyaan dan kepada Engkaulah tempat kembali.

4. Mensucikan.
Setelah mayat dimandikan maka mayat disucikan dengan niat sebagai berikut:

a.niat mensucikan mayat perempuan dewasa.
Nawaitu istinja a hizihil mayati fardhal kifayah Lillahi Tangala
artinya: sengaja aku mensucikan ini mayat perempuan fardhu kifayah karna ALLAH.

b.niat mensucikan mayat laki-laki dewasa
Nawaitu istinja a hizal mayati fardhal kifayah Lillahi Tangala
artinya: sengaja aku mensucikan ini mayat laki-laki fardhu kifayah karna ALLAH.

c.niat mensucikan mayat anak - anak perempuan.
Nawaitu istinja a hizihil mayati taflati fardhal kifayah Lillahi Tangala
artinya: sengaja aku mensucikan ini mayat anak-anak perempuan fardhu kifayah Karna ALLAH.

d.Niat Mensucikan mayat anak-anak laki-laki.
Nawaitu istinja a hizal mayati tafli fardhal kifayah Lillahi Tangala
artinya : sengaja aku mensucikan ini mayat anak laki-laki fardhu kifayah karna ALLAH.

5. Siramlah dengan perlahan lahan air keseluruh tubuh simayat dan bersihkanlah bagian mulut.

6. Setelah bersih semua adapun memandikan mayat itu sekurang-kurangnya satu kali dengan syarat seluruh air sampai keseluruh tubuhnya.

Monday, February 18, 2019

Tata Cara Sholat Jenazah Laki-Laki Dan Perempuan Lengkap Dan Doa nya

Sebagi seorang muslim kita harus bisa mensholatkan jenazah paling tidak mensholatkan orang-orang terdekat kita.  Untu kita harus tau syarat dan rukun dalam sholat jenazah.  Adapun syaratnya sebagai berikut:

1. Apa yang menjadi syarat dalam sholat biasa nenjadi syarat juga dalam shalat jenazah,  seperti menutup aurat,  menghadap kiblat,  suci tempat dan lainnya.

2. Jenazah sudah siap dimandikan dan dikafani.

3. Jenazah itu diletakkan di arah kiblat orang yang mensholatkan.

4. Kalau jenazah laki-laki imam berdiri sejajar dengan kepala jenazah,  kalau jenazahnya perempuan imam berdiri sejajar dengan pinggang jenazah.
Rukun Sholat Jenazah:
1 Niat
Niat sholat jenazah perempuan  sebagai berikut:

اُصَلِّيْ عَلَ هَزِهِ الْمَيَتِةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَ اتٍ فَرْضُ الْكِفَيَةِ للهِ تَعَلَ
artinya: sengaja aku mensholatkan ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah karna ALLAH.

Niat sholat jenazah laki-laki:

اُصَلِّيْ عَلَ هَزَ الْمَيَتِةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَ اتٍ فَرْضُ الْكِفَيَةِ للهِ تَعَلَ
artinya: sengaja aku mensholatkan ini mayat laki-laki 4 takbir fardhu kifayah karna ALLAH.

2. Sholat Jenazah mempunyai 4 takbir
3. Sesudah takbir pertama membaca surah al-fatihah
4. Sesudah takbir ke dua membaca shalawat nabi
5. Sesudah takbir ketiga membaca doa untuk si mayat.
 Doa untuk si Mayat:

Allahumag firlahu warhamhu wangafihi wangfunganhu waakrim nuzulahu wawasangmadkalahu wagsilhu bilmaii wassalki walbaradi wanakkahi minalkhataya kama yunakkha sawbu abyadu minaddanasi waabdilhu daraakhayran min darihi waahla khayran min ahlihi wazawja khayran min zawjihi wakhihi fitnatall kabri wangazabannaar

6. Sesudah takbir ke 4 membaca doa untuk orang yang tinggal.
Doa untuk orang yang tinggal:

Allhumma la tahrimna ajrahu wala taftinna bangdahu wagfirlana walahu
7. Membaca salam
8. Berdiri jika kuasa
9. Tertib.